Friday, May 9, 2014

PROGRAM KESEDARAN 1BESTARINET BERSAMA PIBG SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama YTL Communication telah menganjurkan program kesedaran 1Bestarinet pada 2-4/5/2014 yang lalu di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Oleh yang demikian, PIBG SKPA3 telah menghantar dua (2) orang wakil iaitu En. Zaiwira Abdul Rahim dan En. Zaidi Sidek untuk menghadiri program tersebut. Program selama tiga (3) hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa berkenaan kebolehcapaian/akses ibubapa secara maya dalam dashboard 1Bestarinet Virtual Learning Environment (VLE Frog) untuk berkongsi aspirasi pendidikan melalui komuniti ibubapa dan melihat perkembangan anak mereka dalam pembelajaran secara dalam talian.
 Suasana sewaktu sessi pendaftaran berlangsung




 Suasana di dewan seminar sebelum taklimat bermula

 

No comments:

Post a Comment