Saturday, May 10, 2014

POSTER PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN


HARI KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SIRI 2/2014

Pada hari ini, Sabtu 10 Mei 2014 telah berlangsung Kutipan Sumbangan PIBG siri 2/2014 di foyer SK Puncak Alam 3 bermula jam 7:30 pagi sehingga 12:50 tengahari.  Selain dari kutipan sumbangan, pengisian data maklumat sarana ibu bapa juga turut diadakan. Tahniah diucapkan kepada Ibu bapa yang telah hadir bagi melaksanakan tanggungjawab. Bagi yang belum berkesempatan, Siri 3/2014 akan dilaksanakan pada 24 Mei 2014. Di harap semua Ibu bapa dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya.

Friday, May 9, 2014

PROGRAM KESEDARAN 1BESTARINET BERSAMA PIBG SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama YTL Communication telah menganjurkan program kesedaran 1Bestarinet pada 2-4/5/2014 yang lalu di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Oleh yang demikian, PIBG SKPA3 telah menghantar dua (2) orang wakil iaitu En. Zaiwira Abdul Rahim dan En. Zaidi Sidek untuk menghadiri program tersebut. Program selama tiga (3) hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa berkenaan kebolehcapaian/akses ibubapa secara maya dalam dashboard 1Bestarinet Virtual Learning Environment (VLE Frog) untuk berkongsi aspirasi pendidikan melalui komuniti ibubapa dan melihat perkembangan anak mereka dalam pembelajaran secara dalam talian.
 Suasana sewaktu sessi pendaftaran berlangsung




 Suasana di dewan seminar sebelum taklimat bermula